Cari:
Indonesia Teruskan Misi Mencari FDR Pesawat IL-267 Trigana Air
2015-08-20 14:05:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia semalam menyatakan bahawa perakam data penerbangan pesawat (FDR) atau kotak hitam pesawat IL-267 Trigana Air Indonesia yang terhempas di daerah Okbape, wilayah Pergunungan Bintang, Papua Ahad lalu masih belum ditemukan dan misi mencari alat FDR tersebut masih diteruskan.

Penolong Bidang Ope­rasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Heronimus Guru, dalam sidang media yang diadakan di Jakarta berkata, sebelum ini anggota pasukan penyelamat telah menemukan salah satu kotak hitam daripada dua buah kotak hitam pesawat berkenaan, iaitu perakam suara kokpit (CVR). Sepuluh anggota pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk mencari FDR pesawat tersebut.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja memindahkan mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat tersebut telah selesai semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China