Cari:
Tempoh Kawalan Ketenteraan Dilanjutkan di Kawasan Kokang Myanmar
2015-08-20 09:33:44 CRI Cetak

Parlimen Myanmar semalam meluluskan sekali lagi cadangan Presiden U Thein Sein untuk melanjutkan tempoh kawalan ketenteraan kawasan Kokang kepada 90 hari.

Menurut maklumat dari Parlimen, Presiden U Thein Sein mencadangkan pelanjutan tempoh kawalan ketenteraan kerana kawasan tersebut masih belum kembali normal seperti sedia kala. Tujuan cadangan tersebut adalah untuk mengekalkan kestabilan dan keamanan kawasan itu.

Pertempuran antara tentera kerajaan Myanmar dengan Tentera Persekutuan Demokrasi Nasional Kokang tercetus sejak Februari tahun ini. Pertempuran tersebut telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Pada 17 Februari lalu, Presiden U Thein Sein telah mengeluarkan perintah darurat di kawasan Kokang selama 90 hari. Selain itu, pasukan tentera mengambil alih semua kuasa kawasan itu.

Pada 15 Mei lalu, Parlimen Myanmar telah meluluskan cadangan Presiden U Thein Sein untuk melanjutkan tempoh kawalan ketenteraan kepada 90 hari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China