Cari:
Kelebihan HSR China
2015-08-20 13:41:36 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang, telah membentangkan kelebihan kereta api berkelajuan tinggi China ketika membincangkan projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung Indonesia yang masih dalam perancangan.

Dalam sidang media semalam, Li Danyang menyatakan bahawa kerjasama syarikat China dan syarikat Indonesia dalam projek HSR tersebut akan melibatkan pelbagai aspek, antaranya termasuklah memperoleh keuntungan bersama dan menanggung risiko bersama.

Sehubungan dengan itu, China akan melatih kakitangan dan memindahkan teknologi berkenaan kepada Indonesia bagi memaksimumkan keterlibatan Indonesia dalam projek tersebut.

Projek tersebut sekiranya dilaksanakan akan menjadi pemangkin dalam usaha memperkasakan kerjasama komprehensif kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China