Cari:
Kerajaan Indonesia Tubuh Kumpulan Penilai Projek HSR Jakarta-Bandung
2015-08-21 15:18:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Indonesia telah menubuhkan satu kumpulan penilai yang diketuai oleh Menteri Koordinator Bidang Perekonomian yang baharu dilantik, Darmin Nasution, untuk menilai projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. Selain itu, kumpulan tersebut juga akan menggunakan khidmat badan penasihat bebas antarabangsa sebagai penasihat.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kabinet Indonesia Pramono Anung apabila kerajaan China dan Jepun menyatakan hasrat untuk melaksanakan projek pembinaan itu.

Cadangan yang dikemukakan China dan Jepun mempunyai kelebihan masing-masing, di samping syarat pinjaman keutamaan telah dikemukakan kedua-dua pihak. Keadaan ini telah menyukarkan Indonesia untuk membuat pilihan.

Darmin Nasution telah dilantik sebagai pengarah kumpulan penilai projek pembinaan HSR dan timbalan pengarah pula ialah Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman. Manakala, anggota kumpulan terdiri daripada Menteri Perancangan Pembangunan, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan.

Pramono Anung menegaskan bahawa badan penasihat bebas antarabangsa yang dipilih mestilah berkewibawaan, bersifat bebas dan tidak berat sebelah. Hal ini penting bagi memastikan semua keputusan yang diambil adalah adil dan saksama kerana projek tersebut perlu dimulakan dengan secepat mungkin.

Kumpulan penilai tersebut akan mencapai konsensus dengan badan penasihat bebas antarabangsa sebelum penghujung bulan Ogos ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China