Najib Tub Razak semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri).
NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, optimistik nilai ringgit akan kembali melonjak berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh, selain bergantung pada faktor luaran lain.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, satu sesi perbincangan dengan pakar dan penganalisis ekonomi yang berlangsung pada 19 Ogos lalu dan mereka menyimpulkan bahawa nilai ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.
Beliau turut menggalakkan syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan produk tempatan sejajar dengan perkembangan semasa, manakala beberapa syarikat korporat yang beroperasi di luar negara wajar menimbangkan untuk mencairkan aset dan membawa pulang ke Malaysia.
(sumber dari Utusan Online Malaysia)