Cari:
Akhbar Pathet Lao Sanjung Tinggi Usaha Cawangan CRI di Laos
2015-08-22 15:57:06 CRI Cetak

Pathet Lao, akhbar yang diusahakan oleh Agensi Berita Pathet Laos telah menerbitkan laporan yang bertajuk "CRI, Jambatan Hubungan Laos-China" semalam.

Menurut laporan tersebut, Ketua Cawangan CRI di Laos, Meng Long ketika diwawancara media tempatan menyatakan bahawa dalam tempoh 9 tahun sejak siaran Cawangan CRI di Laos, iaitu CRI FM93 mula dipancarkan pada 19 November 2006, Cawangan CRI di Laos memfokuskan banyak perkara yang melibatkan hubungan persahabatan China-Laos serta kejadian penting dalam perkembangan sosioekonomi Laos. Beliau berkata, Cawangan CRI di Laos bersedia untuk terus meningkatkan kerjasama dengan media Laos dan memberi sumbangan yang baharu terhadap persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara.

Naib Ketua Agensi Berita Pathet Lao, Sinpanya Ladtanavong pula menyanjung tinggi terhadap usaha CRI. Menurut beliau, CRI adalah media yang mampu dipercayai. Kedua-dua pihak mengekalkan kerjasama dan interaksi yang memuaskan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, Presiden Radio Negara Laos, Sipha Nonglat ketika diwawancara akhbar Pathet Lao menyatakan bahawa CRI FM93 sebagai media yang penting telah menyampaikan laporan, berita dan rencana yang terkini kepada penduduk pelbagai lapisan masyarakat Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China