Cari:
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN Bincangkan Pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN
2015-08-22 17:07:56 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-47 dan mesyuarat peringkat menteri berkaitan telah dirasmikan di Kuala Lumpur Malaysia pagi tadi. Perkembangan pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC), wawasan ekonomi dan rancangan-rancangan pasca penubuhan AEC akan dibincangkan sempana mesyuarat kali ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Mustafa Mohammed ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut menyatakan bahawa walaupun perubahan ekonomi global kini telah membawa banyak cabaran, namun ASEAN akan terus menggalakkan proses integrasi ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara negara anggota ASEAN dan meningkatkan interaksi dengan rakan dialog. Menurut beliau, merealisasikan AEC pada hujung tahun ini merupakan batu tanda sejarah yang penting dan juga titik permulaan yang baharu bagi ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China