Cari:
PRU Singapura Bakal Diadakan dalam Waktu Terdekat
2015-08-24 11:40:44 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam ucapan pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam tadi berkata, beliau akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) "dalam waktu terdekat" bagi mendapatkan mandat rakyat untuk membawa negara itu ke fasa seterusnya.

Menurut beliau, Singapura kini berada pada titik peralihan, selepas menamatkan 50 tahun yang berjaya dan akan memulakan fasa bagi 50 tahun akan datang.

Beliau menyifatkan PRU yang akan datang sebagai amat kritikal, kerana rakyat akan menentukan pemimpin yang bakal mentadbir negara itu untuk lima tahun akan datang, namun yang lebih penting adalah memilih pasukan yang akan bekerja dengan rakyat untuk 15 hingga 20 tahun akan datang.

Lee berkata, rakyat republik itu akan menentukan hala tuju Singapura untuk 50 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China