Cari:
Mesyuarat Menteri Perdagangan dan Ekonomi Asia Timur Diadakan di Kuala Lumpur
2015-08-24 15:16:13 CRI Cetak

Siri mesyuarat Menteri Perdagangan dan Ekonomi Asia Timur diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Rombongan delegasi China diketuai oleh Menteri Perdagangan, Gao Hucheng.

Dalam mesyuarat Menteri Perdagangan dan Ekonomi China-ASEAN kali ke-14 (10+1), para hadirin dari kerajaan China dan negara ASEAN telah mengadakan perbincangan dan mencapai persefahaman tentang menggalakkan proses pembinaan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dan meningkatkan rundingan China-ASEAN mengenai kawasan perdagangan bebas berdasarkan tiga prinsip, iaitu "perbincangan bersama, pembinaan bersama dan perkongsian bersama".

Selain itu, kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan dalam bidang perdagangan mengikut lapan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan China.

Sidang Menteri Perdagangan dan Ekonomi ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan turut akan dianjurkan semasa mesyuarat tersebut.

Selain itu, Sidang Kemuncak Menteri Perdangangan dan Ekonomi Asia Timur (EAS) kali ke-3 dan rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kali ke-3 juga akan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China