Cari:
Pemburuan Suspek Semakin Sukar
2015-08-25 14:11:28 CRI Cetak

Polis Thailand menghadapi kesukaran memburu suspek letupan Kuil Erawan di pusat bandar Bangkok berikutan masalah kebanyakan kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi di ibu negara itu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Som­yot Poompanmoung, mengakui bahawa kurangnya kepakaran teknikal menyebabkan kesukaran dalam menjejaki lelaki berkemeja-T kuning yang kelihatan dalam paparan video rakaman CCTV di lokasi kejadian.

Beliau yakin suspek utama yang dipercayai dalang di sebalik kejadian letupan tersebut masih berada di Thailand kerana pihaknya tidak menerima sebarang bukti yang menunjukkan dia telah ke luar negara.

Suspek yang pada awalnya dilaporkan sebagai seorang warga asing, kini dilaporkan berkemungkinan daripada kacukan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China