Cari:
Pengeboman Tidak Jejas Pelancongan Thailand
2015-08-27 14:10:45 CRI Cetak
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand semalam menegaskan bahawa industri pelancongan tempatan tidak terjejas berikutan serangan bom di Kuil Erawan, pusat bandar Bangkok pada minggu lepas yang meragut 20 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.

Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand Kobkarn Wattanavrangkul berkata, pihak polis dan tentera akan meningkatkan tahap pengawasan keselamatan, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

Kementerian berkenaan juga bertindak menepis dakwaan bahawa pelancong asing kini ketakutan dan akan berfikir dua kali untuk berkunjung ke negara itu, selain mengadakan promosi pakej pelancongan luar negara, antaranya termasuklah melancarkan promosi pakej pelancongan ke Chengdu, provinsi Sichuan China pada bulan depan, demi mengekalkan reputasi sebagai antara destinasi pelancongan selamat di dunia.

Menurut statistik kementerian berkenan, bilangan pelancong ke negara itu masih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas dan pendapatan daripada sektor berkenaan juga masih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China