Cari:
Malaysia-Indonesia Mahu Kerjasama dalam Industri Sawit
2015-08-28 12:03:54 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Indonesia, Rizal Ramli yang mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia semalam. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan).

 

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meneroka langkah-langkah baharu bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam industri kelapa sawit berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala mengenai pembangunan industri berkenaan semalam berkata, kedua-dua negara menunjukkan kesediaan mereka berusaha ke arah meningkatkan persepsi tentang minyak sawit, termasuk dalam nutrisi dan pengeluaran lestari.

Menurut kenyataan itu, antara isu yang dibincangkan pada mesyuarat berkenaan termasuklah kerjasama dalam membantu pekebun kecil menghadapi cabaran global.

Kedua-dua negara juga menyokong sepenuhnya inisiatif untuk menggalakkan pelaburan merentas sempadan dalam pembangunan industri kelapa sawit.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China