Cari:
13 Oktober, Laporan Akhir MH17
2015-08-28 12:07:32 CRI Cetak

Laporan akhir nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, tahun lepas, akan dikeluarkan pada 13 Oktober depan.

Lembaga Keselamatan Belanda semalam berkata, laporan itu amat dinantikan pihak kerajaan dan keluarga mangsa, kerana dapat merungkai persoalan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pesawat itu terhempas pada Julai tahun lalu dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam laporan awal yang dikeluarkan September lalu, lembaga tersebut menyatakan punca nahas disebabkan "objek berkuasa tinggi" yang menghentam pesawat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China