Cari:
Polis Thailand Teliti Maklumat Pembabitan Warga Turki
2015-08-28 14:29:13 CRI Cetak

Polis Thailand sedang meneliti maklumat mengenai terdapat kemungkinan sekurang-kurangnya 20 orang warga Turki terbabit dalam serangan bom di Kuil Erawan, pusat bandar Bangkok, minggu lepas.

Namun, pihak berkuasa tidak mahu membuat sebarang spekulasi bahawa serangan tersebut berkaitan dengan sebuah kumpulan militan Turki, Grey Wolves.

Jurucakap polis berkata, kumpulan militan itu tidak pernah aktif di Thailand. Kementerian Luar Thailand juga belum mengesahkan sama ada kerajaan Bangkok telah cuba menghubungi pihak kerajaan Turki.

Polis Thailand juga berkata, kekeliruan mengenai kenyataan saksi-saksi turut mengganggu kemajuan siasatan.

(sumber MEDIACORP Singapura)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China