Cari:
Jerman: MH370 Terhempas di Timur Khatulistiwa
2015-08-29 14:55:53 CRI Cetak

Serpihan sayap daripada pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hanyut ke Pulau Reunion sebulan lalu mungkin datang dari timur Khatulistiwa Lautan Hindi.

Menurut sumber Pusat Penyelidikan Laut Helmholtz Jerman (GEOMAR) di Kiel, pengkaji laut menggunakan model arus lautan untuk meneka laluan hanyutan serpihan pesawat tersebut.

Pusat itu mendakwa, pencarian serpihan pesawat berkenaan tersasar beberapa ribu kilometer daripada kawasan jangkaan pesawat itu terhempas sebelum ini, iaitu pada latitut 35 darjah di selatan Khatulistiwa.

GEOMAR berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan menerusi sidang media pada Selasa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China