Cari:
Polis Thai: Keputusan DNA Suspek Diperoleh
2015-08-29 14:57:57 CRI Cetak

Polis Thailand dilaporkan telah memperoleh keputusan ujian DNA daripada wang kertas milik suspek utama pengeboman di Kuil Erawan Bangkok, yang diberikan kepada seorang pemandu tuk tuk dan teksi dinaikinya.

Penolong Ketua Polis Negara Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan keputusan ujian itu kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

17 Ogos lalu, suspek menaiki teksi di Jalan Rama IV menuju ke stesen kereta api Hua Lamphong sebelum mengambil tuk tuk ke Grand Hyatt Erawan Hotel dan berjalan kaki ke kuil berkenaan dengan membawa beg.

Suspek kemudiannya meninggalkan beg tersebut di kuil dan berlalu pergi kira-kira seminit sebelum letupan menggegarkan kawasan itu yang menyebabkan 20 kematian dan mencederakan lebih 100 yang lain.

(sumber Sinar Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China