Cari:
Suspek Pengeboman Bangkok Ditahan
2015-08-30 14:40:38 CRI Cetak

Polis Thailand menyatakan, mereka sudah menahan seorang lelaki yang berkemungkinan terbabit dalam serangan bom di Kuil Erawan, pusat Bangkok minggu lalu yang membunuh 20 orang dan mencederakan puluhan lagi mangsa.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Chaktip Chaijinda, pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam berkata, lelaki berkenaan ditahan di apartmennya di daerah Nong Chok, Bangkok. Pihak polis telah menemukan bukti yang terdapat di bilik sewa suspek itu, seperti bahan untuk membuat bom dan beberapa buah pasport.

Dimaklumkan, suspek tersebut menggunakan pasport Turki untuk menyewa lima buah bilik di kompleks apartmen itu tetapi tidak menyatakan sama ada pasport itu asli atau palsu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpanmuang dalam sesi taklimat media pula berkata, suspek telah diserahkan kepada pihak tentera untuk siasatan lanjut.

(sumber Berita Harian dan Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China