Pameran Foto Sempena Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis di Mandalay
Pameran foto sempena ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis diadakan di Mandalay, Myanmar pada 29 Ogos lalu.
Pameran yang bertemakan "Doakan Kedamaian Dunia, Jangan Lupakan Ajaran Sejarah" tersebut dianjurkan bersama Persatuan Persahabatan Myanmar-China, Jabatan Penerangan Mandalay, dan Persatuan Keturunan Tentera China ke Myanmar.
Konsul General China ke Mandalay, Wang Yu berkata, pameran tersebut adalah untuk mengambil iktibar daripada sejarah dan menghargai kedamaian pada hari ini.
Pengerusi Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Po Myint berkata, hanya dengan mengambil pengajaran daripada sejarah, kita tidak akan mengulangi sejarah tersebut.