Cari:
Vietnam Berikan Amnesti kepada 1800 Banduan
2015-08-31 14:38:23 CRI Cetak

Vietnam akan memberikan amnesti khas kepada hampir 1800 banduan tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Vietnam berkata, bersempena dengan Hari Kebangsaan Vietnam pada 2 September ini dan ulang tahun ke-70 Revolusi Ogos Vietnam, pengampunan tersebut diberikan dengan tujuan untuk mencerminkan dasar toleransi negara itu dan memberikan peluang kepada penjenayah untuk bertaubat dan berbakti kepada masyarakat.

Terdapat 34 penjenayah negara asing yang akan diberikan pengampuan tersebut, antaranya termasuk enam warga Laos, seorang warga Kemboja, seorang warga Thailand, 16 warga China, enam warga Malaysia, dua warga Australia dan dua warga Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China