Cari:
Malaysia Sambut Hari Kebangsaan
2015-08-31 11:00:00 CRI Cetak

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015 diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Ribuan rakyat Malaysia yang menghadiri aktiviti sambutan itu menzahirkan rasa cinta kepada negara serta rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan yang dinikmati. Acara bermula pada pukul 8 pagi sebaik-baik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan Raja Permaisuri Agong ke Dataran Merdeka.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak.

Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan "Sehati Sejiwa" itu merakamkan sejarah tersendiri dengan penyertaan lebih 10,000 peserta serta perarakan 136 aset pertahanan darat dan 35 aset pertahanan udara negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China