Cari:
Suspek Nafi Terlibat Serangan Bom Bangkok
2015-08-31 14:11:42 CRI Cetak

(Pasukan polis Thailand memeriksa sebuah pangsapuri di pinggir Bangkok, kediaman suspek yang ditahan kelmarin dipercayai ada kaitan dengan insiden pengeboman di kuil Erawan pada 17 Ogos lalu.)

Suspek yang ditahan pada 29 Ogos lalu yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Kuil Erawan di Bangkok pada 17 Ogos lalu, enggan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dan menolak dikaitkan dengan serangan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Polis, Lt. Jen Prawuth Thavornsiri semalam.

Menurut beliau, ini mungkin satu sindiket pemalsuan warganegara bagi menyeludup pendatang asing masuk ke negara-negara tertentu.

Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan serangan itu berkait rapat dengan sindiket pemerdangangan manusia yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis cuba memerangi kegiatan mereka secara besar-besaran, baru-baru ini.

Namun, pihak berkuasa Thailand menolak kes ini berkaitan dengan kumpulan militan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China