Cari:
Perancis Belum Dapat Sahkan Serpihan Milik MH370
2015-08-31 14:18:36 CRI Cetak

SERPIHAN sayap pesawat Boeing 777 yang dijumpai di Pulau Reunion pada 29 Julai lalu masih disiasat sama ada ia adalah milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu.

Pakar Perancis masih belum dapat mengesahkan sama ada serpihan sayap pesawat yang dijumpai pada 29 Julai lalu di pulau Reunion di Lautan Hindi milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Jurucakap Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA), Martine Del Bono berkata, terdapat dua pasukan penyiasat di Perancis, iaitu BEA yang bertanggungjawab membaiki mutu keselamatan pesawat dan pasukan siasatan kehakiman yang ditugaskan untuk mencari pihak yang perlu dipertanggungjawabkan dalam tragedi tersebut.

Menurut Del Bono, pakar masih belum mengetahui punca kemalangan pesawat MH370 dan serpihan flaperon tidak cukup untuk membantu. Pakar juga memerlukan lebih banyak bahan bukti, selain perlu mengenal pasti lokasi bangkai pesawat itu berada.

Tambah beliau lagi, penyiasat BEA turut terlibat dalam proses mencari serpihan pesawat di Pulau Reunion dan Maldives, namun tidak menemukan apa-apa.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang daripada kawalan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu dan pesawat berkenaan dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China