Cari:
Nguyen Van Tho: Vietnam, China Dapat Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik
2015-09-01 14:34:04 CRI Cetak

Duta Besar Vietnam ke China, Nguyen Van Tho, berkata di Beijing semalam, beliau yakin kedua-dua negara cukup bijak dan mampu menjadikan Laut China Selatan sebagai sebuah kawasan perairan yang damai, kerjasama dan membangun.

Nguyen Van Tho berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan sempena hari kebangsaan ke-70 Republik Sosialis Vietnam di Beijing semalam.

Beliau mengatakan, Vietnam dan China adalah negara jiran dan tidak boleh mengelakkan wujudnya perselisihan dalam isu-isu tertentu. Namun, selepas usaha sama kedua-dua negara, dua daripada tiga isu sejarah telah dapat diselesaikan, iaitu sempadan darat dan sempadan Teluk Beibu.

Dalam menangani isu sejarah, kedua-dua pihak harus mematuhi persetujuan dan perjanjian yang telah dicapai oleh pemimpin China-Vietnam, mengawal perselisihan dan mengelakkan tindakan yang boleh merumitkan situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China