Cari:
Nama Malaysia Airlines Kekal
2015-09-01 11:30:38 CRI Cetak

Nama Malaysia Airlines atau singkatannya MAS tetap dikekalkan, setelah syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menerima Sijil Operator Udara (AOC) yang mengambil alih peranan daripada Malaysian Airline System Bhd. sebagai syarikat penerbangan Malaysia, mulai hari ini.

Jenama MAS akan dikekalkan buat masa ini sehingga penjenamaan semula dilancarkan. Namun tarikh untuk penjenamaan semula masih belum dapat dipastikan.

Pada Jumaat lalu, MAB telah menerima AOC daripada Jabatan Penerbangan Awam yang membolehkan MAB memulakan operasi dengan jenama MAS bermula 1 September 2015.

Kelayakan penerimaan sijil itu memerlukan MAB melalui beberapa siri pengauditan, antaranya termasuklah operasi penerbangan, penyelenggaraan pesawat serta pematuhan peraturan.

Bermula hari ini, MAB akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller yang telah dilantik untuk menyertai MAS sejak Mei lalu.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China