Presiden China, Xi Jinping, ditemui rakan sejawatnya dari Laos, Choummaly Sayasone, yang akan menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing pada 3 September nanti.
Xi menghargai hubungan negara dan parti China-Laos. China berhasrat untuk menyelaraskan pembinaan gagasan Satu Jalur dan Satu Laluan (OBAOR) dengan rancangan pembangunan Laos, bekerjasama demi saling menguntungkan dan memperluas kepentingan bersama.
Beliau berkata, China menghargai sokongan Laos kepada China dalam urusan serantau dan antarabangsa. Diharapkan kedua-dua negara ini terus bekerjasama dalam mekanisme multilateral, termasuk PBB, China-ASEAN, ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan, dan Subkawasan Sungai Mekong (GMS).
Choummaly Sayasone pula menyanjung tinggi sumbangan China dalam Perang Dunia II dan persahabatan rakyat kedua-dua negara. Beliau mewakili parti, kerajaan dan rakyat Laos mengucapkan terima kasih atas sokongan China selama ini. Beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Xi mengenai galakan kerjasama strategik China-Laos yang komprehensif.
Beliau turut melahirkan hasrat untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, menggalakkan perkongsian pengalaman pembangunan parti dan mempererat koordinasi kedua-dua negara dalam urusan antarabangsa dan serantau.