Mantan Presiden Filipina, Joseph Ejercito Estrada telah mengesahkan kehadirannya di upacara perbarisan tentera China bersempena dengan sambutan memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing pada 3 September nanti.
Estrada kini menjawat jawatan Datuk Bandar Manila.
Menurut pegawai penerangannya, Estrada akan hadir di upacara itu selaku tetamu kehormat, iaitu datuk bandar Manila, sebaliknya bukan sebagai wakil kerajaan Filipina.