Presiden China, Xi Jinping ditemui raja Kemboja, Raja Morodom Sihamoni di Beijing semalam.
Xi mengalu-alukan kehadiran Raja Sihamoni dalam majlis sambutan ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang bakal diadakan pada 3 September ini.
Beliau menyatakan China dan Kemboja merupakan negara jiran yang bersahabat dan bersaudara. China menghargai hubungan persahabatan tradisional yang telah terjalin antara kedua-dua negara.
Xi menambah, China bersedia memperkukuh hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif dengan Kemboja kerana ia selaras dengan kepentingan dan inspirasi bersama rakyat kedua-dua negara.
Raja Norodom Sihamoni bertitah, baginda berasa gembira kerana dapat menyertai aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing.
Baginda menambah, hubungan China-Kemboja terjalin sejak pemimpin generasi yang terdahulu. Pada abad baharu ini, kerajaan Kemboja akan mewarisi tradisi serta menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi kedua-dua negara supaya kerjasama dalam pelbagai bidang dapat diperluas.