Cari:
Suspek Penting Insiden Letupan Bangkok Ditahan
2015-09-02 14:00:13 CRI Cetak

Pihak tentera Thailand telah menahan seorang suspek penting yang disyaki terlibat dalam insiden letupan bom di Kuil Erawan Bangkok semalam. Identiti dan kewarganegaraan suspek tersebut masih belum dikenal pasti.

Jurucakap Suruhanjaya Pengawalan Keamanan dan Tatatertib Negara Thailand dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa suspek itu ditangkap pihak tentera di Sakaeo, kawasan bersempadan dengan Kemboja. Penyiasatan sedang dijalankan oleh polis.

Jurucakap Jabatan Polis Thailand pula menyatakan bahawa kewarganegaraan suspek belum dikenal pasti kerana pihak polis masih belum menemukan pasport suspek berkenaan. Identiti suspek juga akan dikenal pasti setelah pemeriksaan DNA, cap jari dan ciri-ciri fisiologi yang lain dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China