Cari:
Pameran Foto Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Indonesia, Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Diadakan di Jakarta
2015-09-02 14:49:10 CRI Cetak

Pameran foto sempena ulang tahun ke-70 Kemerdekaan Indonesia, Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia dirasmikan di Jakarta. Pameran tersebut akan diadakan di 12 bandar utama di Indonesia seperti Bandung, Semarang dan Surabaya.

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, dalam majlis tersebut berkata, rakyat China dan rakyat negara Asia Tenggara serta semua pihak yang menyokong keadilan dan menghargai keamanan di seluruh dunia telah memberikan sumbangan yang sungguh besar dalam usaha menentang pencerobohan militerisme Jepun dan mencapai kemenangan dalam perang anti-Fasis dunia.

Menurut beliau, kini China terus berusaha untuk memelihara keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran Asia dan dunia. China akan terus berjuang untuk menentang sebarang tindakan yang berniat menjejaskan kepentingan China, menjejaskan hubungan kerjasama persahabatan China-ASEAN atau keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China