Menurut Timbalan Pengarah Suruhanjaya Industri dan Teknologi Maklumat bandar Nanning, Zhou Lichuan, syarikat Foxconn Taiwan merancang untuk membina taman sains dan teknologi "Lembah Silicon ASEAN" yang mempunyai fungsi pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi, kreativiti dan keusahawanan sempena pelaksanaan rancangan pembangunan negara Lima Tahun Ke-13.
Zhou berkata Lembah Silikon ASEAN ini bakal menjana keuntungan berbillion yuan.
Menurut Zhou Lichuan, Lembah Silikon ini terdiri daripada taman inkubator, platform e-dagang rentas sempadan, pusat output projek, pusat data besar ASEAN, dan sebagainya.