Cari:
Kereta Api Laju Malaysia-Singapura Dijangka Siap pada 2022
2015-09-03 14:15:24 CRI Cetak

Menurut pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, projek kereta api berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dijangka akan siap dibina pada tahun 2022.

Dimaklumkan, pembidaan projek pembinaan masih dijalankan. Oleh itu, pelaburan projek ini masih belum dipastikan. Di samping itu, kos pembinaan akan naik atau turun ekoran kejatuhan nilai ringgit Malaysia juga tidak dapat diketahui.

Selain itu, pegawai tersebut juga menyatakan bahawa projek ini melibatkan dua negara. Maka, rundingan perlu dilakukan dengan kerajaan Singapura.

Jarak landasan kereta api ini sepanjang 330 kilometer. Perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 90 minit apabila projek tersebut siap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China