Cari:
Pengasingan Liang Liang dan Anaknya Seminggu Sekali
2015-09-03 13:34:21 CRI Cetak

Pengasingan panda gergasi, Liang Liang dan anaknya akan dilakukan seminggu sekali bagi memastikan penilaian kesihatan yang berterusan dapat dilakukan ke atas panda itu dan anaknya.

Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Dr. Mat Naim Ramli berkata pengasingan tersebut akan dibuat bergantung kepada keadaan semasa ibu dan anak berkenaan. Pengasingan itu membolehkan tahap perkembangan ibu dan anak panda tersebut direkodkan daripada segi berat dan saiz. Selain najis yang dikeluarkan turut dinilai serta keperluan yang diperlukan untuk memantau perkembangan panda berkenaan.

Sebelum ini, pasangan ibu dan anak itu telah melalui pengasingan sementara sebanyak dua kali iaitu pada 22 dan 29 Ogos lepas.

Menerusi pengasingan itu, pihaknya dapat mengesan perubahan fizikal anak panda betina berkenaan apabila mula wujud tompok hitam di beberapa anggota badan, namun matanya masih belum terbuka.

Mengikut perjanjian dengan China, anak panda gergasi yang belum diberi nama itu hanya boleh berada di negara ini selama dua tahun sahaja sebelum perlu dihantar pulang ke republik berkenaan.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China