Cari:
Xi Jinping Ditemui U Thein Sein
2015-09-04 15:34:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui rakan sejawatnya dari Myanmar, U Thein Sein di Beijing pagi tadi.

Xi berkata, kehadiran Presiden U Thein Sein dalam aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia telah menunjukkan hubungan mesra antara China dengan Myanmar.

Semasa Perang Dunia II, rakyat kedua-dua negara ini telah melakukan pengorbanan yang besar demi menjamin kemenangan perang.

Xi menegaskan bahawa China dan Myanmar adalah jiran yang bersahabat yang sentiasa saling membantu. China menyanjung tinggi sokongan Myanmar dalam gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Myanmar dalam pelbagai bidang serta memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan sosioekonomi Myanmar.

U Thein Sein pula menyatakan bahawa aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia amat berjaya.

Myanmar menghargai bantuan dan sokongan padu yang dihulurkan pihak China, terutamanya semasa Myanmar dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Beliau menegaskan, Myanmar bersedia untuk terus mengintensifkan kerjasama dengan China khususnya dalam pembinaan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China