Cari:
Li Yuanchao Ditemui Joseph Estrada
2015-09-04 11:26:04 CRI Cetak

Naib Presiden China, Li Yuanchao, ditemui mantan Presiden Filipina, yang juga Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada yang menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing semalam.

Menurut Li Yuanchao, China dan Filipina merupakan mangsa dalam Perang Dunia II dan telah menjalinkan hubungan persahabatan melalui peperangan tersebut. Keharmonian dan permuafakatan merupakan asas penting dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau berkata, China mementingkan hubungan dengan Filipina dan berharap dapat bersama-sama dengan Filipina untuk menjernihkan hubungan dua hala agar kembali kepada keadaan sedia kala dengan secepat mungkin.

Estrada pula menzahirkan harapan agar kedua-dua negara dapat mengatasi kesukaran sekarang dan mewujudkan pembangunan bersama. Beliau sanggup memberikan sumbangan demi perkara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China