Cari:
Indonesia Pertimbangkan Pembinaan Kereta Api Berkelajuan Sederhana Jakarta-Bandung
2015-09-04 13:40:48 CRI Cetak

Indonesia Pertimbangkan Pembinaan Kereta Api Berkelajuan Sederhana Jakarta-Bandung

Menurunt media Indonesia, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina landasan kereta api berkelajuan sederhana antara Jakarta dengan Bandung, dengan kelajuan antara 200 hingga 250 kilometer per jam. Pihaknya mengalu-alukan China dan Jepun mengemukakan cadangan baharu.

Menteri Kewangan Indonesia, Darmin Nasution berkata, pelan pembinaan landasan kereta api berkelajuan yang dikemukakan oleh China dan Jepun tidak bersesuaian dengan laluan antara kedua-dua bandar itu. Oleh itu, Indonesia telah mengembalikan pelan pembinaan tersebut kepada China dan Jepun.

Tambah beliau lagi, kereta api berkelajuan sederhana dengan kelajuan 200 hingga 250 kilometer per jam hanya lambat 11 minit berbanding kereta api laju, namun kosnya dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China