Cari:
Jerebu di Indonesia Dijangka Lebih Buruk
2015-09-05 15:30:58 CRI Cetak

Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran situasi jerebu mungkin lebih teruk berbanding tahun sebelumnya selepas imej satelit mengesan lebih 600 lokasi titik panas di seluruh Sumatera, Jambi, Riau dan Sumatera Selatan.

Agensi cuaca Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 229 titik panas dikesan di Jambi, Sumatera Selatan 189 dan Riau 178, sekali gus berisiko mencetuskan masalah jerebu yang lebih buruk ekoran pembakaran hutan di Sumatera.

Susulan itu, jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter memberi amaran wilayah Sumatera berdepan ancaman serius disebabkan pembakaran hutan secara besar-besaran.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China