Cari:
China dan Myanmar Galakkan Kerjasama dalam Pelbagai Bidang
2015-09-05 14:36:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Presiden Myanmar,U Thein Sein yang menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing semalam.

Li Keqiang berkata China dan Myanmar akan berusaha bersama-sama memelihara kestabilan dan keamanan di kawasan sempadan, mencegah masalah berlaku di samping menggalakkan pembangunan bersama.

Li Keqiang menyatakan China bersedia mempercepat kerjasama dengan Myanmar dalam pembinaan infrastruktur, melaksanakan inisiatif kerjasama Koridor Ekonomi Bangeladesh-China-India-Myanmar serta terus memudahkan kesalinghubungan serantau. China bersedia bersama-sama Myanmar menjalankan kerjasama kapasiti pengeluaran, dan meningkatkan taraf kerjasama pertanian dan tali air serta pembangunan semula pasca bencana. Serentak itu, China berharap Myanmar terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam usaha menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN.

U Thein Sein pula mengucapkan terima kasih atas bantuan China kepada negaranya untuk mengatasi bencana banjir. Beliau berkata, Myanmar bersedia meningkatkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur dengan China, di samping menggalakkan interaksi dan pertukaran dalam kalangan belia dan pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China