Cari:
Draf Perlembagaan Baharu Thailand Ditolak
2015-09-07 13:58:26 CRI Cetak

Majlis Reformasi Kebangsaan (NRC) Thailand menolak draf Perlembagaan baharu dengan 135 undi menentang berbanding dengan 105 menyokong, sementara 7 ahli berkecuali, semalam.

Penolakan tersebut bermakna tempoh pemerintahan junta tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu akan berlanjutan, sekali gus menghalang usaha mewujudkan demokrasi di peringkat akar umbi kerana berkemungkinan besar pilihan raya umum yang dijadualkan pada tahun depan akan ditangguhkan.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang mengetuai Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) akan melantik 21 ahli baharu Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan (CDC) dalam tempoh 30 hari yang akan menggubal draf Perlembagaan baharu dalam tempoh enam bulan. Draf tersebut akan melalui proses referendum sebelum diluluskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China