Cari:
Filipina Mahu Penyertaan China dalam Sidang Kemuncak APEC
2015-09-07 15:02:32 CRI Cetak

Filipina mengalu-alukan kehadiran pemimpin China dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, November ini.

Portal Filipina GMA semalam melaporkan, jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Herminio Coloma Jr. menjangkakan pemimpin dari 21 buah negara termasuk China akan menghadiri sidang kemuncak yang bermula pada 18 hingga 19 November itu.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar Filipina, Charles Jose berharap agar kehadiran pemimpin China tidak akan diganggu dengan isu Laut China Selatan. Beliau yakin, APEC akan mendapat manfaat dengan penyertaan entiti ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China