Cari:
Indonesia Sambut Baik Pekerja China
2015-09-07 15:08:47 CRI Cetak

Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla baru-baru ini mengingatkan rakyat agar tidak menyalahtafsirkan fenomena kebanjiran buruh China di negara itu kerana mereka bukanlah saingan kepada pekerja kolar biru tempatan.

Kalla berkata, projek-projek besar di Indonesia akan terus mengambil tenaga kerja tempatan dengan gaji yang lumayan. Oleh hal yang demikian, pekerja warga China dialu-alukan untuk membawa masuk pelbagai projek pembinaan ke Indonesia bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Menteri Tenaga Kerja, Hanif Dhakiri berkata, bilangan pekerja China di Indonesia kekal tidak berubah seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu sekitar 13 ribu orang. Angka ini hanya sebahagian kecil jika dibandingkan dengan pekerja tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China