Cari:
Lokasi Pencarian MH370 Tidak Berubah
2015-09-07 13:52:53 CRI Cetak

Usaha mencari bangkai pesawat MH370 akan diteruskan di selatan Lautan Hindi. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab. Aziz Kaprawi di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Walaupun bangkai pesawat yang ditemukan di Pulau Reunion telah disahkan milik pesawat MH370, namun Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya tidak akan menukar lokasi pencarian ke kawasan pantai timur Afrika termasuk Reunion, Madagascar, Mauritius dan Maldives melainkan lebih banyak serpihan baharu ditemukan.

Jelas beliau, pihak Perancis telah mengesahkan bahawa usaha pencarian sekarang dilakukan di lokasi yang tepat. Berdasarkan simulasi arus lautan yang dilakukan Australia terhadap serpihan MH370, lokasi berkenaan juga selaras dengan kawasan pencarian di dasar laut yang dilakukan di selatan Lautan Hindi. Usaha menghalusi lokasi pencarian akan dibincangkan dalam mesyuarat tiga pihak bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China