Cari:
61 Terkorban Kapal Karam di Malaysia
2015-09-07 13:54:30 CRI Cetak

Jumlah kematian akibat nahas kapal karam di kawasan perairan Malaysia pada 3 September lalu meningkat kepada 61 orang.

Menurut pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan nelayan tempatan, telah berjaya menyelamatkan 20 orang penumpang kapal termasuk seorang wanita.

Kapal berkenaan dilaporkan karam semasa dalam perjalanan ke Indonesia. Menurut laporan media tempatan, kapal itu dipercayai membawa antara 70 hingga 80 orang penumpang sedangkan had maksimum kapal tersebut hanya boleh memuatkan 10 hingga 15 orang sahaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China