Upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang diadakan di Beijing pada 3 September lalu telah mengingatkan seluruh dunia akan peri pentingnya kerjasama masyarakat antarabangsa untuk memelihara kedamaian dan menggalakkan pembangunan bersama.
Demikian dinyatakan Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani, yang menghadiri upacara tersebut sebagai utusan khas Presiden Indonesia.
Dalam sidang media selepas upacara itu, Puan Maharani berkata, kejayaan upacara berkenaan berkat perpaduan, kerjasama dan kesungguhan pelbagai golongan masyarakat di China.
Penyertaan proaktif masyarakat dalam upacara tersebut jelas mempamerkan semangat patriotik rakyat China yang ingin berbakti demi kepentingan negara dan bangsa.