Cari:
Jualan Runcit Malaysia Merosot
2015-09-08 12:49:39 CRI Cetak

Jualan runcit Malaysia menurun 11.9 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau Malaysia, penurunan itu berlaku ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta penyusutan nilai ringgit, yang menjejaskan kuasa berbelanja rakyat.

Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) pesimistik tentang prospek jualan runcit dengan menganggarkan pertumbuhannya hanya 0.1 peratus pada suku tahun ketiga.

Menurut MRA, penurunan nilai ringgit menyebabkan kos import terus meningkat sehingga memberikan impak kepada sektor jualan runcit antaranya termasuklah penyajian makanan dan pakaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China