Cari:
Tren Buatan China Dapat Sambutan Baik di Malaysia
2015-09-09 13:06:15 CRI Cetak

Tren elektrik berkelajuan tinggi buatan syarikat China mendapat sambutan baik selepas tren berkenaan beroperasi di laluan sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Padang Besar pada 4 September lalu.

Tren elektrik yang diselidik dan dibangunkan oleh Syarikat Lokomotif Elektrik Zhuzhou (ZELC) itu merupakan tren tolok meter yang paling laju di dunia.

Tren jenis itu menjadikan perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Padang Besar hanya memakan masa 5 jam, berbanding kira-kira 12 jam sebelum ini.

Sembilan buah lagi tren jenis itu akan diperkenalkan di laluan tersebut pada masa akan datang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China