Cari:
Suspek Serangan Bom Bangkok Mengaku Salah
2015-09-10 13:35:24 CRI Cetak

Salah seorang suspek yang disyaki terlibat dalam serangan bom di Bangkok baru-baru ini mengaku bersalah. Suspek yang bernama Yusuf Mieraili itu telah dibawa oleh polis ke tempat kejadian untuk menjelaskan cara serangan tersebut dilancarkan.

Menurut jurucakap polis Thailand, suspek berkenaan ditangkap di kawasan sempadan antara Thailand dengan Kemboja minggu lepas. Suspek tersebut tidak bersendirian semasa memasang bom di kawasan sekitar Kuil Erawan, dan motif serangan bom itu masih belum diketahui.

Setakat ini, pihak polis Thailand juga belum memaklumkan kewarganegaraan suspek tersebut.

Menurut Agensi Berita Perancis (AFP), selain dua orang suspek yang telah ditangkap, polis Thailand juga mengeluarkan waran tangkap terhadap 11 orang suspek lain, antaranya termasuklah seorang wanita Thailand dan suaminya, seorang warga Turki. Pasangan itu dipercayai berada di Turki pada masa ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China