Cari:
Spekulasi Malaysia Bakal Muflis Tidak Berasas
2015-09-10 16:04:01 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah menafikan spekulasi penyusutan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak akan menyebabkan Malaysia muflis.

Menurut beliau, spekulasi tersebut adalah tidak berasas memandangkan ekonomi negara ketika ini masih berkembang kukuh pada kadar melebihi 5 peratus, dengan pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berbelanja secara berhemah.

Jelas beliau, ekoran kejatuhan harga minyak dan kenaikan nilai dolar Amerika sejak kebelakangan ini, banyak negara lain yang sumber pendapatan mereka bergantung pada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang yang lebih teruk jika dibandingkan dengan Malaysia.

Tambah beliau lagi, penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) antara salah satu langkah kerajaan Malaysia untuk menangani kegawatan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pendekatan bagi menangani cabaran ekonomi semasa berdasarkan usul JKE tidak lama lagi.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China