Aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II (WWII) di rantau Asia Tenggara diadakan di Memorial Perang Kranji, Singapura semalam.
Pada 12 September 1945, Komander Tentera Berikat di Asia Tenggara, Jeneral L. Louis Mountbatten menerima penyerahan kalah tentera Jepun di Singapura, sekali gus menamatkan pendudukan tentera Jepun di negara itu.
Aktiviti tersebut dihadiri veteran WWII, pelajar dan rakyat serta diplomat asing.