Cari:
Filipina Kritik Negara Asing Mungkir Janji dalam Penyediaan Bantuan Bencana
2015-09-14 14:51:49 CRI Cetak

Kerajaan Filipina melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap sesetengah negara dan pertubuhan antarabangsa yang memungkiri janji dalam menyediakan bantuan bencana dan pembangunan semula pasca taufan "Haiyan".

Menurut Menteri kewangan Filipina, Florencio Abad, masyarakat antarabangsa telah berjanji untuk memberikan bantuan bencana bernilai kira-kira USD 1.6 bilion selepas taufan "Haiyan" melanda negara itu pada bulan November 2013, namun Fipilina hanya menerima 1/4 daripada jumlah bantuan yang dijanjikan.

Tambah beliau lagi, kebanyakan bantuan tersebut tidak diserahkan kepada kerajaan Filipina, tetapi diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan(NGO). Perkongsian maklumat yang tidak lancar antara kerajaan Filipina dengan NGO menyebabkan pihaknya tidak mengetahui mengenai penggunaan bantuan bencana tersebut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China