Cari:
China dan Thailand Capai Persepakatan dalam Rangka Kerjasama Landasan Kereta Api
2015-09-14 12:59:38 CRI Cetak

Mesyuarat ke-7 Jawatankuasa Bersama bagi Kerjasama Landasan Kereta Api China-Thailand telah diadakan di Bangkok baru-baru ini. Kedua-dua pihak telah membincangkan kajian kebolehlaksanaan, meneliti reka bentuk, kontrak untuk projek berkenaan, rancangan usaha sama dalam talian, pelan pembiayaan, perjanjian rangka kerja kerjasama landasan kereta api antara kerajaan kedua-dua pihak dan isu-isu lain yang kebanyakannya telah mencapai persepakatan.

Menurut pihak Kedutaan China di Thailand, mesyuarat yang diadakan pada 11 dan 12 September lalu itu dipengerusikan bersama-sama oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Wang Xiaotao dan Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang kajian kebolehlaksanaan projek peringkat pertama dan kedua yang telah diserahkan oleh China.

Persepakatan yang dicapai dalam dokumen perjanjian rangka kerja kerjasama landasan kereta api antara kedua-dua kerajaan akan ditandatangani dalam mesyuarat jawatankuasa itu yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China